Tiada sesiapa yang benar-benar pasti bilakah manusia mula menyelam, tapi anggaran oleh para sejarawan ia bermula kira-kira 5000 tahun Sebelum Masehi (SM). Bukti-bukti aktiviti penyelaman di zaman purba dapat dilihat melalui penemuan ukiran batu dari Assyria (kerajaan purba yang berpusat di utara Iraq) yang dipercayai bertarikh 885 SM dan juga melalui penulisan sejarawan Greek purba yang bernama Herodotus menceritakan tentang seorang penyelam yang bekerja untuk Raja Persia pada abad ke 5 Sebelum Masehi.
Penciptaan-penciptaan tersebutlah yang telah merintis jalan kepada Sistem Selam moden yang ada pada hari ini.
Sistem Selam secara amnya boleh kita kelaskan kepada tiga (3) prinsip utama iaitu;
- Gas Selam - Jenis-jenis gas yang digunakan untuk pernafasan semasa manusia berada di bawah permukaan air.
- Sistem Penghantaran - Kaedah serta peralatan yang digunakan untuk menyalurkan gas selam kepada manusia untuk bernafas di bawah permukaan air.
- Jenis Litar - Jenis litar yang digunakan oleh sistem penghantaran samada jenis litar terbuka, tertutup atau separuh tertutup.
~ Admin
Rujukan;
- Diving Principles and Policy; U.S Navy Diving Manual (Volume 1).
- Buku Panduan Kursus Pembantu Perubatan Selam; Lt. Kol (Dr) Abd. Halim bin Mohamed dan Lt. Kol (B) Dr Lee Chin Thang, edisi ketiga 2003.